BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

♥♥♥♥♥usratiy till jannah♥♥♥♥♥♥

Daisypath Anniversary tickers

ahlan wasahlan permata hati kami..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Ahlan wa sahlan..

Rabu, 14 Disember 2011

DUNIA UMI...

DUNIA UMI...
Kongsi Info : Kelengkapan Bersalin @ Barang2 Keperluan Bayi Baru Lahir
Salam. Hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk penyediaan barang2 bersalin dan bayi baru lahir. Senarai berikut berdasarkan carian dari internet dan juga pengalaman saya untuk perkongsian bersama.
• Persediaan untuk bayi
1. Baju siang baby - 5 pasang. (terpulang la kepada anda) 2. Baju malam baby - 5 Pasang. 3. Stokin tangan n kaki. 4. Napkin kain - utk bedung dia. 5. Pampers - newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar). 6. Wet tissue @ tisu basah - dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar). 7. Topi baby. 8. Selimut baby dan bantal baby. 9. Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau). 10. Kain lampin. 11. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut. 12. Tuala. 13. Sabun baby. 14. Syampu baby. 15. Sikat rambut. 16. Losyen. 17. Putik kapas - untuk cuci pusat. 18. Cotton buds. 19. Bedak baby (bukan talcum). 20. Besen mandi baby. 21. Bakul alatan mandian. 22. Pelapik getah. 23. Pemotong kuku. 24. Raga/ bakul - untuk letak pakaian baby. 25. Beg bayi. 26. Tilam. 27. Katil. * 28. Termometer. * 29. Nursing Pillow - bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..* 30. Car seat & stroller. * 31. Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). * * item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.
• Persediaan untuk ibu 1. Set jamu bersalin 2. Stokin 3. Bra untuk menyusu 4. Baju untuk menyusu 5. Maternity pad - bagi saya, midnight pad pun sudah cukup 6. Pantyliners 7. Disposal panties 8. Bekung 9. Pati ikan haruan - bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan 10. Susu menyusu - minum semasa berpantang 11. Biskut - senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli
Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital • Beg baby 1. Baju 4 helai - 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad. 2. Kain lampin - 3 helai. 3. Stokin tangan n kaki. - 3 pasang. 4. Napkin kain - utk bedung dia - 2 helai. 5. Pampers - 10 keping. 6. Barut. 7. Topi - 2. 8. Bantal. 9. Tuala - 1 helai. 10. Minyak yuyi.
• Beg ibu 1. Buku merah 2. IC 3. Baju Tshirt - 1 helai. 4. Kain baju kurung @ skirt labuh - 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe). 5. Pad - 6 keping. 6. Disposal panties - 4 (senang, buang je terus). 7. Minyak panas - sapu kat perut. 8. Stokin. 9. Tuala. 10. Berus gigi, ubat gigi, sabun. 11. Majalah. 12. Termos 13. Gelas 14. Sudu 15. Sedikit biskut 16. Milo 3 in 1 / KOPI RADIX MAI SECAWAN 17. Charger hp
Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. =)
DOA AGAR MUDAH UNTUK MELAHIRKAN ANAK
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَك...ِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya: Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku, Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W 15122011 @BATU CAVES, TAMAN SRI GOMBAK @ CTNZNM
 
COPYRIGHT@CTNZMN@DUNIA UMMI@ niat hidupku matiku ibadahku hanya kerana ALLAH