BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

♥♥♥♥♥usratiy till jannah♥♥♥♥♥♥

Daisypath Anniversary tickers

ahlan wasahlan permata hati kami..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahlan wa sahlan..

Selasa, 10 Januari 2012

2011 YANG MEMBAWA ERTI DALAM HIDUPKU MNCAPAI REDHAMU...
Ya Allah..
1 MEI 2011..SAAT LAFAZ SAKINAH...
YA ALLAH... Kirimkanlah dia untukku.. Dia yang menenangkan hatiku.. Dia yang selalu menjaga keimananku.. ... Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku.. Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar.. Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu.. Menjaga Agama-Mu.. Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya.. Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,.. Dia yang tak pernah meninggalkan sholat.. Dia yang selalu berbicara sopan.. Dia yang selalu bijaksana..
Bantu hamba ya Allah.. Bantu hamba untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik.. Wanita yang menjadi pilihan.. Wanita yang selalu memberikan keteduhan.. Karena aku menginginkan kebaikan.. hanya untuk-Mu dan hanya di jalan-Mu.. Jauhkan hamba dari segala sifat yang buruk ya Allah..Aamiin..
Aku Menunggumu kerana ALLAH - Duhai Engkau Calon Imamku
Ini bukan sekadar kata..... Agar kamu jatuh hati padaku.. Namun ini adalah kejujuranku.. Mengapa aku berkata seperti ini ? Karena aku menyukai orang yang mencintai-NYA Mencintai RASUL-NYA.. dan dengan keteguhanmu bisa mengajakku untuk semakin mencintai-NYA..
AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH Ini bukan untaian rahasia dalam hatiku untuk memikatmu ..mengapa demikian? Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku.. dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH.. Cinta adalah anugrah-Nya yang ditumbuhkan dihati orang yang dikehendaki-Nya bagaimana aku tdk merindukan kehadiranmu wahai kekasih. .
AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH Ini bukan rajutan perasaan untuk sebuah penantian.. tetapi mengapa ? Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan.. dan karenanya ku butuh seseorang yang lebh halus untuk menaklukkan hatiku.. yang tegas dan tangguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. Aku tahu terlalu bnyak yang harus kuperbaiki Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu.. Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA .. Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan unuk selamanya.. Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugrahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri .. Bila benar ada dalam hidupku.. Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diridhoi-NYA... Aku mencintaimu kerana ALLAH.. Aku merindukanmu kerana ALLAH.. Aku menunggumu kerana ALLAH.. Di raga manakah kamu bersemayam ? Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin.. Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. . Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .
Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.
Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.
Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.
Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga… Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…
YA ROBBI. . Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku... Bila saudara dan teman tak lg cukup menemani kehidupanku... Maka hari itu yang aku tunggu.. Apakah dia . . . ? Jawapan itu ya.. inilah jawapan doa istikarahku... ALHAMDULILLAH.. SUBHANALLAH.....ALLAHU AKBAR...
Untukmu Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz
Semoga bermanfaat Salam Ukhuwah fillah,
CTNZMN @ 10/01/2012 Ya Allah IZinkan Hamba Menggelar Sajadah Bersamanya

Isnin, 9 Januari 2012

"sampaikan daku walau sepotong ayat"...: My Simple Hospital Checklist (Senarai Keperluan Ri...

"sampaikan daku walau sepotong ayat"...: My Simple Hospital Checklist (Senarai Keperluan Ri...: My Simple Hospital Checklist (Senarai Keperluan Ringkas Untuk Bersalin Di Hospital Bagi Ibu & Bayi) My Baby’s Simple Diaper Bag Checkli...
My Simple Hospital Checklist (Senarai Keperluan Ringkas Untuk Bersalin Di Hospital Bagi Ibu & Bayi)
My Baby’s Simple Diaper Bag Checklist 1. Alas untuk menyalin lampin 2. 10 helai lampin pakai buang/ lampin biasa beserta lapik plastik (jika ada cloth diaper lebih baik) 3. Baby wipe (tisu basah) 4. Krim diaper 5. 4 atau 5 set baju dan seluar bersih 6. 2 pastik beg / 1 water proof bag untuk lampin/baju/kain yang kotor dan basah 7. 3 helai kain muntah 8. 1 Baju sejuk dan 2 topi 9. 1 Selimut yang ringan 10. 1 Tuala mandi bayi 11. 3 stoking kaki dan sarung tangan bayi 12. Minyak telon, mandian bayi, losyen, bedak, minyak bayi etc (boycott Johnson2) 13. Barut bayi (3 helai)
ahlan wasahlan sayangku...INSYAALLAH... YA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA.. AMIN..
mama's stuff mama's stuff Mama’s Simple Bag Checklist
1. Mama and Baba’s IC (Jika di Malaysia) 2. Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (Jika di Malaysia) 3. Telefon Bimbit & Kamera 4. Al-Quran 5. Buku/Majalah 6. 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse 7. 2 Kain Batik 8. 1 Sweater 9. 1 Tudung 10. Pakaian Dalam 11. 2 Stoking Kaki Tebal 12. 1 Tuala Mandi 13. 2 Tuala Muka 14. Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc) 15. Kurma 16. Air Zam zam 17. Maternity Pad
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128 رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
PERSEDIAN MAMA DAN PAPA SEBELUM KELAHIRAN PERMATA HATI
Saya ingin kongsikan beberapa persediaan penting yang perlu bakal ibu dan ayah lakukan sebagai persiapan untuk menyambut si comel yang sudah lama dinanti-nantikan ‘especially’ kawan-kawan saya yang sedang ‘pregnant’ sekarang ini.
1) Persediaan Kewangan
Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan.Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2) Persediaan Kesihatan dan fizikal.
Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.
3) Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat. Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan. Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung.
4) Lakukan rutin harian seperti biasa.
Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang. Alhamdulillah saya beruntung kerana mendapat suami yang rajin turun dapur dan faham keadaan isteri yang cepat letih terutamanya semasa mengandung.
5) Membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awak sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot. Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. Pada saya, masa yang sesuai ialah selepas 6 bulan ke atas kerana ada bayi yang sudah keluar seawal 7 bulan. Pengalaman saya untuk bayi yang pertama baru-baru ini memang saya beli ‘last minute’. Senarai barang-barang yang perlu dibeli jangan lupa dibawa supaya mudah untuk membeli-belah. Jangan beli terlampau banyak kerana biasanya rakan-rakan dan keluarga akan memberi hadiah nanti.
6) Memilih hospital. Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya. Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.
7) Berbincang dengan ibu dan ibu mertua. Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati. Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua…
CTNZMN @ PANGSAPURI SAUJANA GOPMBAK @ 09 JANUARI 2012 @ 31 WEEKS

Selasa, 3 Januari 2012

CAMERON HIGHLAND, 18DIS2011 7 MONTH (3 MONTH MOMM TO BE) Kita layan je la gambar2 ni..:)
LADANG TEH CAMERON BHARAT
FLOWER PARK
STRAWBERRY PARK
MODEL LADANG TEH
JOM MINUM TEH.. CTNZMN@3JAN2011..KAJANG
 
COPYRIGHT@CTNZMN@DUNIA UMMI@ niat hidupku matiku ibadahku hanya kerana ALLAH