BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

BAHTERA CINTA MENCARI REDHA ILAHI...

♥♥♥♥♥usratiy till jannah♥♥♥♥♥♥

Daisypath Anniversary tickers

ahlan wasahlan permata hati kami..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahlan wa sahlan..

Isnin, 9 Januari 2012

My Simple Hospital Checklist (Senarai Keperluan Ringkas Untuk Bersalin Di Hospital Bagi Ibu & Bayi)
My Baby’s Simple Diaper Bag Checklist 1. Alas untuk menyalin lampin 2. 10 helai lampin pakai buang/ lampin biasa beserta lapik plastik (jika ada cloth diaper lebih baik) 3. Baby wipe (tisu basah) 4. Krim diaper 5. 4 atau 5 set baju dan seluar bersih 6. 2 pastik beg / 1 water proof bag untuk lampin/baju/kain yang kotor dan basah 7. 3 helai kain muntah 8. 1 Baju sejuk dan 2 topi 9. 1 Selimut yang ringan 10. 1 Tuala mandi bayi 11. 3 stoking kaki dan sarung tangan bayi 12. Minyak telon, mandian bayi, losyen, bedak, minyak bayi etc (boycott Johnson2) 13. Barut bayi (3 helai)
ahlan wasahlan sayangku...INSYAALLAH... YA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA.. AMIN..
mama's stuff mama's stuff Mama’s Simple Bag Checklist
1. Mama and Baba’s IC (Jika di Malaysia) 2. Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (Jika di Malaysia) 3. Telefon Bimbit & Kamera 4. Al-Quran 5. Buku/Majalah 6. 2 T-Shirt Lengan Panjang/Blouse 7. 2 Kain Batik 8. 1 Sweater 9. 1 Tudung 10. Pakaian Dalam 11. 2 Stoking Kaki Tebal 12. 1 Tuala Mandi 13. 2 Tuala Muka 14. Kelengkapan Mandi (Sabun, berus gigi, ubat gigi, shampu, sikat etc) 15. Kurma 16. Air Zam zam 17. Maternity Pad
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128 رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
PERSEDIAN MAMA DAN PAPA SEBELUM KELAHIRAN PERMATA HATI
Saya ingin kongsikan beberapa persediaan penting yang perlu bakal ibu dan ayah lakukan sebagai persiapan untuk menyambut si comel yang sudah lama dinanti-nantikan ‘especially’ kawan-kawan saya yang sedang ‘pregnant’ sekarang ini.
1) Persediaan Kewangan
Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan.Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2) Persediaan Kesihatan dan fizikal.
Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.
3) Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat. Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan. Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung.
4) Lakukan rutin harian seperti biasa.
Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang. Alhamdulillah saya beruntung kerana mendapat suami yang rajin turun dapur dan faham keadaan isteri yang cepat letih terutamanya semasa mengandung.
5) Membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awak sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot. Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. Pada saya, masa yang sesuai ialah selepas 6 bulan ke atas kerana ada bayi yang sudah keluar seawal 7 bulan. Pengalaman saya untuk bayi yang pertama baru-baru ini memang saya beli ‘last minute’. Senarai barang-barang yang perlu dibeli jangan lupa dibawa supaya mudah untuk membeli-belah. Jangan beli terlampau banyak kerana biasanya rakan-rakan dan keluarga akan memberi hadiah nanti.
6) Memilih hospital. Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya. Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.
7) Berbincang dengan ibu dan ibu mertua. Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati. Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua…
CTNZMN @ PANGSAPURI SAUJANA GOPMBAK @ 09 JANUARI 2012 @ 31 WEEKS

Selasa, 3 Januari 2012

CAMERON HIGHLAND, 18DIS2011 7 MONTH (3 MONTH MOMM TO BE) Kita layan je la gambar2 ni..:)
LADANG TEH CAMERON BHARAT
FLOWER PARK
STRAWBERRY PARK
MODEL LADANG TEH
JOM MINUM TEH.. CTNZMN@3JAN2011..KAJANG

Rabu, 14 Disember 2011

DUNIA UMI...

DUNIA UMI...
Kongsi Info : Kelengkapan Bersalin @ Barang2 Keperluan Bayi Baru Lahir
Salam. Hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk penyediaan barang2 bersalin dan bayi baru lahir. Senarai berikut berdasarkan carian dari internet dan juga pengalaman saya untuk perkongsian bersama.
• Persediaan untuk bayi
1. Baju siang baby - 5 pasang. (terpulang la kepada anda) 2. Baju malam baby - 5 Pasang. 3. Stokin tangan n kaki. 4. Napkin kain - utk bedung dia. 5. Pampers - newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar). 6. Wet tissue @ tisu basah - dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar). 7. Topi baby. 8. Selimut baby dan bantal baby. 9. Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau). 10. Kain lampin. 11. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut. 12. Tuala. 13. Sabun baby. 14. Syampu baby. 15. Sikat rambut. 16. Losyen. 17. Putik kapas - untuk cuci pusat. 18. Cotton buds. 19. Bedak baby (bukan talcum). 20. Besen mandi baby. 21. Bakul alatan mandian. 22. Pelapik getah. 23. Pemotong kuku. 24. Raga/ bakul - untuk letak pakaian baby. 25. Beg bayi. 26. Tilam. 27. Katil. * 28. Termometer. * 29. Nursing Pillow - bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..* 30. Car seat & stroller. * 31. Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). * * item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.
• Persediaan untuk ibu 1. Set jamu bersalin 2. Stokin 3. Bra untuk menyusu 4. Baju untuk menyusu 5. Maternity pad - bagi saya, midnight pad pun sudah cukup 6. Pantyliners 7. Disposal panties 8. Bekung 9. Pati ikan haruan - bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan 10. Susu menyusu - minum semasa berpantang 11. Biskut - senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli
Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital • Beg baby 1. Baju 4 helai - 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad. 2. Kain lampin - 3 helai. 3. Stokin tangan n kaki. - 3 pasang. 4. Napkin kain - utk bedung dia - 2 helai. 5. Pampers - 10 keping. 6. Barut. 7. Topi - 2. 8. Bantal. 9. Tuala - 1 helai. 10. Minyak yuyi.
• Beg ibu 1. Buku merah 2. IC 3. Baju Tshirt - 1 helai. 4. Kain baju kurung @ skirt labuh - 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe). 5. Pad - 6 keping. 6. Disposal panties - 4 (senang, buang je terus). 7. Minyak panas - sapu kat perut. 8. Stokin. 9. Tuala. 10. Berus gigi, ubat gigi, sabun. 11. Majalah. 12. Termos 13. Gelas 14. Sudu 15. Sedikit biskut 16. Milo 3 in 1 / KOPI RADIX MAI SECAWAN 17. Charger hp
Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. =)
DOA AGAR MUDAH UNTUK MELAHIRKAN ANAK
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَك...ِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya: Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku, Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W 15122011 @BATU CAVES, TAMAN SRI GOMBAK @ CTNZNM

Ahad, 12 Jun 2011

Alhamdulilah... permulaan hidup yang baru menuju syurgawi..

Selamat Sebulan , Sayang~

Assalamualaikum

Pejam, celik, pejam, celik, hari ini genap sebulan kami bergelar suami isteri. Tiada lafaz yang lebih layak melainkan Alhamdulillah wa syukru lillah. Hidup terasa sangat sempurna. Walaupun masa begitu singkat, bagi saya, inilah kesempurnaan. Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, masih belum terlambat untuk saya dan suami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan pembaca yang mengirimkan ucapan doa barakah untuk kami berdua. Juga untuk rakan-rakan terutama kaum kerabat yang sudi memeriahkan majlis kami baik di KAJANG 1 MEI 2011 mahupun di MERLIMAU 14 MEI 2011. Terima kasih tak terhingga semua yg telah membantu daripada sudut material n spiritual...jazakallah khairan kathira ... moga ALLAH yang dapat membalasnya.. :)






~gambar-gambar sekitar majlis walimatul-urus ku~













SAAT LAFAZ SAKINAH
01mei2011@KAJANG@CTNZMN@Baiti jannati..:)

Jumaat, 12 Februari 2010

Manfaatkan Hidup Sepenuhnya..

12feb2010
28 safar 1431H

Manfaatkan Hidup Sepenuhnya


Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap hari kita penat, pergi kuliah, pulang dari kuliah, tidur, makan, dan sebagainya. Pergi kerja pagi ptg malam, balik keje, ngaja tuisyen, bisnes.. bisnes lagi,hujung minggu ziarah saudar, jumpa kawan n teman n sahabat..aktiviti sana-sini dn byk lagi... Pernah tak kita terfikir, “Aku penat-penat buat benda ni semua untuk apa? Untuk jadi doktor semata-matakah? Kemudian kerja dan kerja tanpa henti, hingga sampai ajal menjemput?”
Katakanlah, jika nyawa kita ditarik sebelum kita menjadi doktor atau cita-cita lain, berbaloikah usaha yang telah kita lakukan selama hidup kita itu jika tujuan kita hanya untuk mencapai cita-cita dunia?
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
At-Tur:56
Seperti yang kita ketahui, menuntut ilmu juga merupakan salah satu ibadah. Jika kita niatkan setiap hari kita adalah untuk-Nya, insya Allah ilmu yang dipelajari mudah diingati, dan hidup kita diberkati. Niatkan segalanya untuk-Nya.
Dan bagaimana pula kalau kita sudah menjadi doktor, adakah ibadah kita terhenti setakat itu, setakat menuntut ilmu sebagai seorang pelajar?

Jom kita sama-sama periksa balik, untuk beribadah kepada-Nya, kita harus melaksanakan 2 tugas kita di dunia ini iaitu hamba dan khalifah. Seorang hamba diciptakan adalah untuk mentaati tuannya. Dan Allah telah menciptakan hamba-Nya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, seperti firman-Nya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
“Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”.
Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
al-Baqarah:30
Tugas sebagai khalifah dilaksanakan dengan menyampaikan Islam atau dengan kata mudahnya amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Tugas kita sebagai doktor nanti insya Allah, sememangnya mudah untuk mendapat pahala dengan menolong dan merawat orang lain dengan niat yang ikhlas. Tetapi, secara tidak kita sedari, Allah sebenarnya telah menghamparkan suatu peluang yang lebih berharga untuk kita mencari keredhaan-Nya dengan lebih luas dengan menggunakan profesion kita sebagai seorang doktor itu nanti.

Seperti yang kita ketahui, kerjaya sebagai seorang doktor dipandang sangat mulia dan dihormati oleh masyarakat. Apa kata, kita manfaatkan kerjaya ini sehabis mungkin untuk menggapai redha-Nya iaitu dengan menyampaikan Islam secara tidak langsung kepada orang lain. Sama-sama kita manfaatkan segala yang disediakan oleh-Nya untuk menggapai redha-Nya. Rebutlah setiap kesempatan yang ada untuk berbakti kepada-Nya, berbakti kepada agama-Nya.
Ingatilah firman-Nya:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan!”
Al-Mudassir:2
Hidup ini tidak kita ketahui masih panjang atau tidak, gunakan semaksimumnya untuk-Nya, untuk Dia, al-Khaleeq yang telah menciptakan kita, untuk Dia yang telah menjadikan segala sesuatu di muka bumi ini untuk kita, untuk Dia yang telah memberikan kita bermacam nikmat berupa rezeki dan kejayaan.

Kalau kita imbau sejarah Rasululullah, betapa Baginda dan sahabat-sahabat bersusah payah mengembangkan Islam sehingga Islam menguasai dua pertiga dunia. Allah telah permudahkan jalan kita untuk menyampaikan dan mengembangkan Islam dan kini, tugas kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat dicintai Baginda, kita yang Baginda sebut-sebutkan di saat ajalnya datang menjemput, generasi rabbani yang diharapkan untuk menyambung dakwah Rasulullah s.a.w. .
Kerana dakwah itu tidak akan berhenti. Islam itu akan tetap gemilang, walaupun kita membantu agama-Nya atau tidak, kerana janji-Nya adalah benar dan pasti benar.
Kita sangat memerlukan-Nya. Jagalah hubungan kita dengan-Nya, nescaya Dia membantu kita.
Firman-Nya:

” Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
”Muhammad:7
dan lagi:

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang), satu darjat.
Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar (iaitu) beberapa darjat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
An-Nisa’:95-96
Jom kita sama-sama asah diri dan perbaiki diri kita dari sekarang untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya dengan harapan menggapai syurga-Nya yang tertinggi insya Allah.(Menyeru untuk diriku yg selalu lalai)...

Ingatlah jalan ke syurga itu terisi dengan perkara yang bukan kesukaan kita, jalan ke neraka pula ditemani perkara yang memuaskan nafsu, yang pastinya menyeronokkan.
wallahu'alam...
12022010
28SAFAR1431H
BAITI JANNATI..

ctnzmn..siti situ sana sini......

Jumaat, 29 Januari 2010

Isu menaip perkataan salam yang singkat..

29jan2010

Isu menaip perkataan salam yg singkat



as salam, saya ada membaca ni di sebuah forum...boleh ustaz baca dan beri sedikit komen: ----

-------------------------- ------------------------------ -------------------
- Ilmu utk dikongsi bersama : assalamu'alaikum warahmatullah....


-Ana terdengar radio ikim (91.50 fm), slot ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.



Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"


Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"


Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum

Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.



Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan

Assalamualaikum. ------------------------------ ------------------------------ -------------


krna dalam forum tersebut ada yg mempertikai kenapa perlu terjemah akum tu dlm bahasa yahudi..knapa tak terjemah dalam bahasa spain atau brazil.. bgaimana jk menaip "salam" shj? terima kasih... yg bertanya...





p/s : tidak perlu over sensistif dalam benda yang tak perlu. INi salah satu, banyak lagi benda yang perlu sensitif tapi umat Islam x sedar..itu lebih utama.

iaitu isu 2012 ....... fikir2kan propaganda yahudi laknatullah merosakkan akidah umat islam kini.....hiburan lagi... AJL live...movie 2012....isu kalimah ALLAH...bakar gereja..... dan macam2 isu murtad agama lagi... masyaALLAH.....




LINK to:salam sejahtera ke atas kamu.....

"memberi salam adalah harus... menjawab salam adalah wajib"


note:tgh siapkan report stokis mak...

290110, 9.25 PM
TAMAN SERI JELOK, KAJANG
 
COPYRIGHT@CTNZMN@DUNIA UMMI@ niat hidupku matiku ibadahku hanya kerana ALLAH